[Video] Gempa kuat gegarkan Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

KERAJAAN Jepun mengeluarkan amaran tsunami ekoran gegaran dengan magnitud 6.8 skala richter telah menggegar semenanjung negara itu pada 10.22 malam waktu tempatan (9.22 pm waktu Malaysia)

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran ombak setinggi satu meter di sepanjang persisiran barat laut negara tersebut.

Antara kawasan yang diberi amaran tsunami termasuklah tiga buah daerah iaitu Yamagata, Niigata dan Ishikawa.

Media tempatan memetik agensi berkenaan sebagai berkata, gegaran tersebut berlaku di Yamagata, barat laut Jepun kira-kira 50 kilometer selatan banda Sakata.

Jarak pusat gegaran tersebut dengan persisiran pantai meningkatkan kerisauan terhadap impak gempa bumi tersebut.

Difahamkan, hampir 9,000 rumah di kawasan tersebut terputus bekalan elektrik disebabkan gegaran yang kuat.

Sehingga kini, tiada laporan mengenai kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa yang dikeluarkan oleh agensi pengurusan bencana Jepun.

Negara Jepun berada di atas Lingkaran Api Pasifik, membuatkannya sering dilanda gegaran dan gempa bumi.

Pada Mac 2011, hampir 16,000 orang terbunuh apabila gempa bumi melanda Oshika menyebabkan ombak besar tsunami yang mengakibatkan tragedi kebocoran nuklear terbesar sejak Chernobyl dan memaksa 160,000 penduduk untuk berpindah segera dan kebanyakannya sehingga hari ini belum pulang ke perkampungan mereka. – Mirror.co.uk

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments