Kejam! Warga emas dibiar kelaparan, dipaksa minum air kencing

TIDAK dibayangkan kesengsaraan yang ditanggung warga emas yang mendiami sebuah pusat jagaan apabila mereka didera termasuk disepak, dipukul, ditampar selain dipaksa minum air kencing sendiri oleh kakitangan pusat berkenaan.

Kekejaman kakitangan pusat jagaan di Seremban, Negeri Sembilan itu terbongkar susulan video penderaan ke atas warga emas berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 10 warga emas dikatakan sudah meninggal dunia akibat tindakan kejam penyelia wanita berkenaan.

Sebanyak 16 kematian direkodkan di pusat jagaan itu sejak 2017.

Menurut sumber, warga emas terbabit juga dikurung dengan diikat pada kerusi selain sering dibiarkan kelaparan.

“Lebih kejam, ada antara mereka turut disepak, dipukul, ditampar, dikurung dan diikat pada kerusi selain dokumen pengenalan diri warga emas terbabit turut disimpan oleh penyelia berkenaan,” kata sumber itu.

Rakaman video penyelia pusat jagaan warga emas itu dipercayai mempermainkan penghuninya turut tersebar di FB.

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS SEREMBAN NERAKA!!!!!!!!!!

Ada tak kawan kawan seremban boleh tolong verifikasi?Ini Sumber dari @Cik Pah Cik Ton (akaun baru delete)Tapi rasanya memang tak patut gurau macam ini, xde rasa hormatlagipun bukannya nenek yang ketawa tetapi penjaganya yang tergelak

Posted by Vlog Media Malaysia on Isnin, 17 Jun 2019

Sementara itu, Harian Metro memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Nicole Tan Lee Koon sebagai berkata, pihaknya sudah ke pusat jagaan tersebut.

Pemilik pusat jagaan itu katanya, sudah membuat laporan polis ke atas seorang kakitangannya.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kami akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat selepas siasatan selesai,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media berhubung isu itu akan diadakan 3 petang hari ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments