6 menu mudah tapi mampu ‘wow’kan tetamu open house

SUDAH puas beraya di kampung, rasanya sekarang masa terbaik untuk mengadakan rumah terbuka untuk menjamu tetamu serta rakan-rakan.

Hasrat tersebut selalunya ‘tersekat’ apabila memikirkan idea menu yang lazat dengan bajet yang sesuai dengan poket – tidak kurang juga yang memikirkan menggunakan khidmat katering.

Sebenarnya, ada banyak menu ‘open house’ yang boleh anda buat sendiri dengan bajet yang murah tetapi lazat sehingga mengundang pujian tetamu tanpa perlu berbelanja tinggi.

Berikut enam resepi mudah hasil perkongsian Nana Ismail yang boleh anda cuba untuk mengadakan open house hujung minggu ini. Moga bermanfaat.

1. Lontong

Resepi kuah lontong
( untuk resepi 1 tong flask)

Bahan2:

Terung -5 batang (potong serong)
Tauhu – 20 bji ( 1 biji potong 8 ) – di goreng
Tempe – 6 ketul ( potong nipis2) – digoreng
Suhuun – 3 pek kcik – rendam
Pucuk – 6 pek sederhana – rendam
Kacang panjang – 1/2kg – (potong serong)
Lobak merah – 6 batang ( potong memanjang)
Kobis – ikut suka nak banyak mana
Halia- seinci
Serbuk kunyit
Garam
Cili merah – 5 bji ( hiris nipis)
Bawang besar – 3 labu ( hiris nipis )
Santan sawit jenama khalis pek bsar – 4 pek
Udang kering – segengam (rendam)
Bawah putih – 1 labu (hiris nipis)

Cara-cara masak

1) tumis bawang putih , bawang besar, halia , udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bsama kunyit..
2) masukkan semua sayur tumis skit…
3 ) masukkan santan . Ikut pekat yg kita nak. Letak air skit skit dan garam.
4) bila sudah mngelegak masukkan suhun , tempe & tauhu ..
5.) Rasa secukupnya. Masukkan suhun dan pucuk . Masak shingga sayur empuk…

sambal tumis ikan bilis

1) rm3 cili kering buang biji dan rebus bg lembut *
2) rm2 bawang besar *
3) sedikit belacan kalau suka *
4) ikan bilis goreng garing dan ketepikan
cara memasak
1) blend semua bahan-bahan bertanda * sampai hancur
2) panaskan minyak anggarkan dan
tumis cili kering yg telah diblend tadi smpai garing dan pecah minyak
3) masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan juga ajinomoto kalau suka. biarkan hingga masak dan sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut
4) biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yg dah siap digoreng tadi.
dah siap

2. Mi Kari

Bahan-bahan:

– 1/4 ekor ayam ( siap2 suruh penjual ayam cincangkan. Balik basuh bersih-bersih)
– Udang
– Daging hiris nipis
– Kerang direbus ambil isinya – kalau nak
– Fishball dan fishcake – kalau nak tapi KakMar letak.
– 2 Labu bawang besar
– 5 ulas bawang putih
– 1 bungkus kecil rempah kari daging babas warna hijau ( KakMar bancuh dengan sesudu cili blend dan air)
– 3 tangkai daun kari
– 1 batang kayu manis
– Bunga lawang
– Santan pekat paket kecik. Anggaran sebijik KakMar beli kat pasar.
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Minyak untuk menumis
– Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Mee kuning – basuh dan stimkan
Taugeh – basuh je tak perlu celur sebab lebih rangup.
Kacang panjang – stim
Daun sup, daun bawang – dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus
Tauhu kering – dipotong-potong

Cara menyediakan kuah:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih & kayu manis.
2. Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili blende.
3. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Kemudian masukkan santan.
6. Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.
7. Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa korang.


3. Bihun sup tulang utara

Bahan bahan

1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi..dah agak2 lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..

Bahan-bahan Sup Tulang

-1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
-2 batang serai ketuk
-Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
-4 ulas bawang putih ditumbuk
-4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
-1 batang kulit kayu manis
-Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
-Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
-3 bunga lawang
-4 biji buah pelaga
-Sedikit batang daun sup
-Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
-Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
-Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

*Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan-bahan cabai merah

Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun

Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng

4. Mi rebus

1.kentang + keledek (rebus)
2.cili kering
3.udang kering (blender halus smua bahan 1,2,3)

-sos cili
-sos tiram
-asam keping

-rebus semua sekali (tak perlu tumis, tambah air shaja)

-gula melaka,gula, garam (secukup rasa).Dah menggelegak tambah air lagi, bancuh tepung ubi dengan air masukkan (pekatkan kuah)

Bahan lain

-mee (celur)
-telur rebus
-tauhu goreng
-cucur tepung + daun bawang
-bawang goreng
-cili hijau besar
-limau kasturi/nipis

boleh juga tambah

-sawi rebus
-tauge celur
-fishcake goreng
-cili padi


5. Puding Triffle

A.
-Kek swiss roll ( perasa pandan)
-buah-buah campuran 1tin ( ekin gna hosen)

Cara-cara

-potong kek swiss roll dlm 1-2 inci dan masukkan dlm bekas
-tapis buah2 cmpuran,ambik air renjis2 ats Kek…. (buah asingkan)

B.

-susu cair 1tin
-air satu tin susu
-gula 4-5sb
-garam secubit
-kastard 4sb

Cara-cara

-masukkan semua dlm periuk kacau sebati & bkak api…msk shgga likat n meletup2
-tuang kastard yg dh siap Keats bhn A tadi…
-ambik buah2 cmpuran tadi letak ats lapisan kastard….

C.

-jelly nona ( perasa strawberry) 1kotak
-air 400ml
(Msak ikut arahan dblkang kotak jelly)

Cara-cara

-tuang adunan jelly keatas lapisan kastard & buah2 cmpuran tadi…

6. Puding roti ‘viral’

Untuk puding roti :

– 10-11keping roti gardenia
– 1/2 cwn susu pekat
– 1tin susu cair
– 2bijik telur ayam gred A (kalo gred B-3bijik)
– 1 sudu teh esen vanila
– kismis ( tak kisah color apapun)
– 2 sudu besar BUTTER ( cairkan )
– kacang pilihan ( gajus ke badam,ikut suka )

Cara buat bread puding :

– satukan susu pekat,susu cair,esen vanila,butter cair..kacau @ whisk sampai sebati.
– masukkan telur satu persatu & kacau.
-oles loyang dengan butter,koyak,susun roti & tuang bancuhan puding tadi..tabur kismis & kacang pilihan..
-bole buat 2-3layer,ulang step yg sama,susun roti,tuang bancuhan puding & tabur kismis & kacang pilihan..
-kukus 35minit @ bakar kaedah water bath 50min 170c ( bole tekan puding kalo pejal tu kiranya dh masak )
– sejukkan 2jam.

Bahan custard puding :

– 2cwn air
– 2 1/2 cwn santan kotak
– 1/2 cwn tepung kastard + 1/4 cwn air ( bancuh supaya x berketul..prepare last part )
– 1 1/2 cwn gula ( bole kurangkan kalo xnak manis)
– 10g serbuk agar2
– sedikit garam

Cara buat custard puding:

– masukkan 2 cawan air + serbuk agar2,bukak api slow kacau sampai larut.
– masukkan gula kacau lg sampai gula larut.
– masukkan santan & kacau lagi.
– ok prepare buat nie yer – bancuh 1/2 cwn tepung kastad dgn 1/4 cwn air.
– pastu masukkan dalam adunan puding tadi & kacau jangan stop,masukkan garam sedikit bagi rasa lemak2 gtew..
– nak bagi naik seri kastard tu bole la titiskan sedikit pewarna kuning telur, xletak pon xpa.
– kacau sampai likat & berkilat,mcm susu pekat camtula rupa dia…haaa kira dah masak lah tue.
– tuang atas puding roti tadi..sejukkan dalam peti ais..pastu bole ngap makan

Selamat mencuba!

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments