Suami beli rumah sebelah untuk wanita lain, isteri gantung diri bersama anak

KECEWA dengan hasrat suami hendak membawa wanita simpanan tinggal bersebelahan rumah, seorang isteri bertindak nekad menggantung diri bersama anak lelakinya.

Neung, 26, menggantung anak lelakinya berusia dua tahun terlebih dahulu pada tali nilon sebelum menggantung dirinya sendiri.

Ketika ditemui, mayat dua beranak itu dipercayai sudah mati tiga hari lalu dan mula membusuk.

Kerusi plastik yang dipercayai digunakan untuk membunuh diri turut ditemui di dalam bilik tersebut.

Ibu kepada Neung berkata, pasangan dan anak kecil mereka tinggal bersebelahan dengan rumahnya.

Difahamkan, si suami mempunyai ramai isteri dan sering keluar rumah.

Lelaki itu mahu membeli rumah bersebelahan agar perempuan simpanannya boleh tinggal di situ.

Neung yang mendapat tahu perkara itu berasa kecewa dan tertekan lalu membawa anaknya keluar dari rumah itu selama tiga hari dan tidak pernah pulang ke rumah.

Ibu mangsa menyangka Neung pergi menenangkan dirinya di rumah kawan.

Bagaimanapun, mayat dua beranak itu ditemui apabila bekas pemilik rumah tersebut datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.

Si suami yang mendapat tahu mengenai kejadian itu segera datang dan sedih apabila melihat keadaan anak dan isterinya itu.

Sementara itu, ibu Neung berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap menantunya berhubung kejadian tersebut.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments