Peguam sahkan Haziq Aziz ditahan di KLIA

HAZIQ AZIZ

POLIS telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku dirinya dalam video seks sejenis mirip menteri yang tersebar di WhatsApp baru-baru ini.

Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.

Laporan Free Malaysia Today memetik kenyataan peguam Haziq, Ramesh Kumar yagn mengesahkan penahanan itu.

“Saya dalam perjalanan ke balai polis di sana,” katanya.

Pada Rabu, Haziq, mendakwa dirinya terbabit dalam satu video seks sejenis, dan menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya.

Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu dan mengancam untuk akan mengambil tindakan undang-undang.

Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes video seks sejenis itu.

Katanya, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes itu dan mereka yang menyebarkan video itu boleh dikenakan tindakan.

Terdahulu, sumber berkata, bapa Haziq, Abdul Aziz Ibrahim memfailkan laporan orang hilang semalam, selepas mereka gagal mengesan kedudukannya.

Difahamkan, barang milik Haziq sudah dikeluarkan dari pangsapurinya di Kuala Lumpur.

Disebabkan itu, sumber berkata, keluarga Haziq yang bimbang dengan keselamatannya bertindak membuat laporan polis.

Katanya, Haziq menghubungi bapanya Selasa lalu untuk memaklumkan beliau akan ke Perancis kerana tugasnya.

Tetapi, keluarga Haziq terkejut apabila melihat rakaman pengakuannya mengadakan hubungan seks sejenis dengan individu didakwa mirip seorang menteri kanan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments