Ketagih curi, cium pakaian dalam wanita, pemuda diberkas penduduk

SEORANG pemuda berusia 23 tahun dikepung sebelum diberkas penduduk kawasan perumahan Senadin, Miri, Sarawak selepas kegiatannya mencuri pakaian dalam wanita terbongkar.

Lelaki itu ditahan kerana dipercayai sering melepaskan ketagihan seks dengan ‘mencium’ pakaian dalam wanita yang dicuri di sekitar taman perumahan tersebut.

Perbuatan tidak senonoh lelaki itu terbongkar apabila dia diberkas penduduk sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.

Misteri kehilangan seluar dan baju dalam wanita dipercayai sudah berlarutan sekian lama, apabila pemeriksaan di kediaman lelaki itu mendapati suspek menyimpan beberapa helai pakaian dalam wanita.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) Miri berkata, lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan mencuri baju dan seluar dalam wanita itu dengan menaiki basikal.

“Dia mengambil seluar dalam dan baju dalam wanita yang dijemur atau diletakkan di luar rumah oleh pemiliknya,” katanya dipetik Harian Metro.

Dia berkata, kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Bagaimana pun, selepas dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu, lelaki berkenaan dibebaskan.

NMP sebelum ini melaporkan beberapa insiden sama yang berlaku masing-masing di Kedah dan Terengganu melibatkan individu yang menjadikan pakaian dalam wanita yang dicuri sebagai koleksi peribadi.

Dalam semua kes, modus operandi yang digunakan adalah sama iaitu mencuri seluar dan baju dalam yang dijemur atau diletakkan di luar rumah.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments