Ainul Mardhiah makin lincah, sudah mampu hisap jari

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddinsekali lagi menunjukkan perkembangan gembira apabila sudah mampu menggigit jari manakala semakin lincah memberi reaksi ketika diajak berbual.

Berkongsi keterujaan melihat perkembangan anaknya, ibu kanak-kanak itu, Nurul Erwani Zaidi, 24, memberitahu, Ainul Mardhiah sekali sekala sudah mampu menutup mulutnya.

“Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan.

“Sebelum masuk ke wad biasa hari ini (semalam), sempatlah Ainul jalan-jalan dalam hospital,” kata Nurul Erwani menerusi status di Instagram (IG).

Menurutnya, dia teruja melihat perkembangan anaknya yang berusia sembilan bulan itu selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.

Ainul dah masuk wadnya semula. Alhamdulillah. .Tengok lah tangannya tu. Nurse pun sampai dah tak tahu nak buat apa. Nak ikat, mereka kesian. .Last sekali, biar je tangan dia keluar.

Posted by Ahmad Safiuddin on Khamis, 13 Jun 2019

“Setiap kali saya membaca al-Fatihah dia tersenyum. Tangan Ainul memang tidak boleh duduk diam. Dia mesti nak pegang sesuatu barulah dia diam dan tidur.

“Kalau selimutkan atau balut tangan dia tak sampai seminit dia keluarkan.

“Bila tengok bayi lain dalam wad ini semua diam saja kena balut, sampai dekat Ainul dia seorang saja yang nak bebaskan tangan,” katanya.

Menurut Nurul Erwani, perkembangan positif anaknya apabila Ainul sudah membuka mata seolah-olah mahu berbicara dengannya.

“Ainul juga sudah pandai nak tutup mulut sikit-sikit,” katanya.

Laman sosial Facebook Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, turut berkongsi kegembiraan perkembangan terbaru anaknya itu.

“Tengoklah tangannya selalu nak masuk mulut sampaikan jururawat tidak tahu nak buat apa.

“Nak ikat tangannya, mereka kasihan dan tak sampai hati akhirnya mereka biarkan tangan Ainul keluar.

“Dua hari lalu, selepas Ainul sedar dari pembedahan, perkara pertama yang dia buat adalah cuba nak keluarkan tangan dia dari balutan itu. Bukan main lagi dia meronta-ronta nak keluarkan tangan,” katanya.

Katanya, jururawat yang menjaga anaknya di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), The Imperial College Healthcare NHS, London, membiarkan Ainul mengeluarkan tangannya.

“Kalau dulu masa di rumah Ainul paling tidak suka selimut.

“Kalau kita selimutkan dia esok pagi selimut sudah jatuh bawah kaki,” katanya.

Isnin lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ itu dilaporkan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hospital di London.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments