Wanita ditahan selepas cengkam ‘telur’ kekasih hingga berdarah

POLIS menahan seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat, kerana didakwa menyerang teman lelakinya dengan mencengkam testikel sehingga mengalami pendarahan, Selasa lalu.

Kejadian berlaku di pantai Indian Harbour Beach, kira-kira 70 batu daripada selatan Orlando. Pihak berkuasa bertindak selepas menerima laporan lelaki itu yang membuat laporan polis.

Laporan itu mengatakan wanita yang dikenal pasti sebagai Katie Lee Pitchford, 21, menjadi sangat marah selepas pertengakaran dengan mangsa.

Mangsa yang identitinya dirahsiakan mendakwa, wanita itu turut memukul mukanya berkali-kali sehingga lebam.

“Suspek kemudiannya mencengkam testikel mangsa sehingga ia berdarah. Tindakan suspek juga membuatkan mangsa sukar bernafas,” kata laporan tersebut.

GAMBAR yang tersebar di internet mengatakan Katie bersama kekasihnya yang dipercayai diserang wanita itu Selasa lalu.

Bagaimanapun, Katie menafikan dakwaan itu dan menegaskan pertengkaran mereka hanya biasa-biasa tanpa melibatkan serangan fizikal.

Ketika ditahan, Katie juga meminta kebenaran dari pegawai polis untuk bertemu dengan teman lelakinya itu kerana dia mahu meminta maaf.

Katie dibawa ke penjara dan didakwa di mahkamah kerana melakukan keganasan domestik.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments