Video intim: ‘Saya tidak terkejut’, Azwan Ali cabar Azmin nafi terlibat

PENGACARA Azwan Ali mengakui tidak terkejut dengan penyebaran gambar dan video intim yang dikaitkan dengan abangnya yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azwan, selepas menerima beberapa video klip berkenaan, dia tidak terkejut kerana sebagai adik, dia lebih mengenali diri abangnya itu.

“Saya tidak terkejut langsung dapat video-video tu. Saya sebagai adik lebih mengenali dia macam mana.

“Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada rakyat untuk menginterpretasikan dakwaan tersebut,” katanya dipetik portal mStar pada Rabu.

Azwan dalam laporan itu dipetik sebagai berkata, Azmin perlu kuat menepis segala dakwaan sekiranya video berkenaan merupakan fitnah ke atasnya sebagai ahli politik.

Dalam pada itu, portal Kosmo! memetik kenyataan Azwan yang mencabar Azmin menafikan terlibat dalam video intim berkenaan.

Azwan, 53, atau lebih dikenali sebagai Diva AA juga mahu abangnya itu bermuhasabah diri.

“Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini.

“Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar,” ujarnya

Hubungan antara Azmin dan Azwan mempunyai pasang surut, malah walaupun pernah dilihat berbaik-baik, mereka pernah ‘bertembung’ apabila Azwan bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya umum lalu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Kerusi itu dimenangi Azmin yang ketika itu merupakan menteri besar Selangor.

Azwan diminta mengulas mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri kanan sejak semalam.

Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan tidak berpakaian, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet berkenaan.

Susulan daripada itu, seorang lelaki, Haziq Azis yang juga Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama memuatnaik satu hantaran di Facebook dengan mengaku sebagai individu yang bersama lelaki dalam video berkenaan.

Dalam video tersebut, Haziq memberitahu, rakaman itu diambil tanpa kebenarannya pada 11 Mei 2019 di Hotel Four Points, ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.

Kempen dan hari pembuangan undi pilihan raya kecil itu berlangsung pada bulan Ramadan lalu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments