Selepas penafian Azmin, video ‘bahagian kedua’ pula tersebar

SELEPAS penafian Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, satu lagi klip video intim didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tersebar di media sosial petang ini.

Penyebaran video bahagian kedua membabitkan pemimpin PKR itu dibuat dengan cara sama seperti sebelum ini iaitu dengan memasukkan wartawan ke dalam kumpulan Whatsapp yang diwujudkan khusus.

Klip video terbaru itu berdurasi 1 minit dan 29 saat.

Kumpulan Whatsapp yang dinamakan ‘Azmin Ali bahagian 2/4’, memaklumkan bahawa dua lagi klip akan disebarkan.

“Tidak lama selepas statement menteri (Mohamed Azmin) diedarkan, wartawan dimasukkan dalam kumpulan Whatsapp. Kali ini visualnya kelihatan lebih jelas berbanding (klip video) sebelum ini.

“Kalau sebelum ini individu terbabit guna nama pemimpin PKR, kali ini mereka guna nama Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata seorang wartawan yang dihubungi NMP.

Bagaimanapun Najib petang tadi menafikan dirinya bertanggungjawab dalam penyebaran video terbabit.

Petang tadi, Mohamed Azmin yang sebelum ini mengambil pendirian berdiam diri, mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan dirinya dalam klip video bahagian pertama yang mula disebarkan Selasa lalu.

Mohamed Azmin dalam kenyataan itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Awal pagi ini, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Azmin.

Haziq mendakwa kejadian berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik The Star bahawa beliau sudah bercakap ‘pangjang lebar’ dengan Mohamed Azmin berhubung isu itu, namun tidak memperincikannya.

Katanya, biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan isu tersebut.

Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dihadiri Mohamed Azmin.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments