Wajah Jalur Gemilang dijadikan samurai sempena Olimpik Tokyo 2020

JEPUN tidak mampu dipisahkan dengan anime. Hakikat itu jugalah menjadikan negara matahari terbit itu sebagai lubuk penghasilan karya anime yang menjadi ikutan di seluruh dunia.

Sempena temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, negara itu sedang giat menjalankan kempen promosi yang menampil anime daripada bendera setiap negara yang bakal bertanding.

Sebuah laman sesawang di Jepun, World Flags telah menggabungkan karakter anime dengan bendara setiap negara terlibat dan tidak terkecuali bendera kebanggaan kita – Jalur Gemilang – turut dipaparkan.

Sangat mengujakan melihat Jalur Gemilang dijadikan karakter anime samurai dengan dipakaikan busana tradisional Jepun berwarna biru, merah dan kuning serta diberikan nama ‘Child of the Sun and Moon’.

Rekaan itu disertakan sekali dengan peribahasa seperti mentimun dengan durian yang turut dialih bahasa ke bahasa Jepun.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain yang turut diberikan sentuhan anime samurai adalah Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Indonesia

 

Singapura

 

Thailand

 

Vietnam

 

Filipina

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments