Video intim mirip menteri kabinet dengan seorang lelaki tersebar

BEBERAPA keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri  kabinet tersebar hari ini.

Turut disebarkan beberapa video menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Difahamkan, beberapa wartawan media arus perdana dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana klip video tersebut dikongsikan.

Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Salah satu kumpulan WhatsApp tersebut dimulakan oleh individu dengan nombor telefon +60 11-#### 9849 dan dikenali dengan nama “Faizal”.

Portal Malaysiakini mengesahkan beberapa wartawannya dimasukkan dalam kumpulan whatsapp berkenaan.

“Dia (Faizal) memasukkan kakitangan kami dan beberapa pemimpin PKR Sabah yang terkenal dalam kumpulan sembang tersebut,” kata laporan portal itu sebentar tadi.

Satu lagi kumpulan WhatsApp dimulakan oleh seseorang dengan nombor telefon +60 11-#### 9037 dan dikenali dengan nama “Saifuddin Abdullah”.

Kumpulan ini mempunyai ahli rata-ratanya merupakan wartawan yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan satu lagi kumpulan Whatsapp dimulakan oleh seorang lagi individu dengan nombor telefon +60 11-#### 4375 dan menggunakan nama “Tian Chua”.

Ahli-ahli kumpulan itu rata-ratanya anggota PKR dari Sarawak.

Tian Chua, yang merupakan Naib Presiden PKR kini sedang menghadiri persidangan di Geneva, memaklumkan kepada bahawa nombor telefon yang dimiliki oleh pengendali kumpulan Whatsapp itu bukanlah nombor miliknya.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, yang juga merupakan anggota PKR, turut menegaskan beliau bukan individu bertanggungjawab memulakan kumpulan Whatsapp tersebut.

“Orang itu menyamar di kumpulan-kumpulan Whatsapp, kita biar pihak berkuasa siasat perkara ini,” katanya apabila dihubungi.

Terdapat sekurang-kurangnya dua lagi kumpulan Whatsapp lain seumpamanya. Salah satu kumpulan tersebut mempunyai pengendali dengan nama “Zuraidah”.

Penyebaran video itu berlaku di tengah-tengah pergolakan dalaman antara dua kem dalam PKR, khususnya dalam isu pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan.

BACA juga: ‘Saya adalah individu bersama dalam video itu’ – Haziq Aziz

Beberapa transaksi wang keluar negara  melibatkan Maybank dan Deutsche Bank yang bernilai ratusan ribu dolar Amerika turut disebarkan.

Ketika ditanya tentang klip video memaparkan seseorang yang mirip menteri kabinetnya di Putrajaya pagi tadi, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjawab ‘tidak tahu’.

“Saya tidak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.”Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya dipetik The Star.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments