‘Ya Allah, selamatkan adikku’, adik Afdlin Shauki parah kemalangan

    PELAKON Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa sedih ekoran kemalangan yang menyebabkan adiknya, Jefri Adzman Aksan mengalami pendarahan otak.

    Afdlin memberitahu, adiknya itu terlibat dalam kemalangan pada Ahad dan dilaporkan perlu menjalani pembedahan selewat-lewatnya petang ini.

    Sehubungan itu, Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 48, memohon orang ramai mendoakan adiknya selamat menjalani pembedahan pada pukul 6.30 petang.

    “Ya Allah kau selamatkanlah adik aku Jefri yang baru sahaja ditimpa kemalangan tadi. Dia akan masuk ke pembedahan pukul 6.30 petang ini untuk membuat pembedahan di otaknya.

    “Dia adalah adik yang terbaik yang mana-mana abang akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala.

    “Aku hambamu yang hina memohon padamu ya Allah… Selamatkanlah beliau!” kata Adflin menerusi laman Instagramnya.

    Rata-rata pengikut di laman sosial Afdlin turut mendoakan agar adiknya selamat menjalani pembedahan.

    Dalam pada itu, Afdlin turut meminta rakan-rakan serta saudara-mara mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan adiknya pulih seperti sediakala.

    “Kepada semua kawan-kawan dan saudara-mara, tolonglah doakan beliau pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

    “Jef kena kuat! Awak boleh lakukan dik! Awak kuat! Kuat daripada saya! Tolong doakan sahabat!” ujarnya.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments