Baju raya undang kritikan, Izreen Azminda buat tak kisah

    PELAKON Izreen Azminda pastinya ada sebab untuk extra gembira sempena Aidilfitri ini.

    Bukan sahaja teruja menyambut hari raya, namun Izreen yang kini mengandung lapan bulan melewati Syawal dengan keterujaan menunggu kehadiran bayinya hasil perkahwinan kedua bersama suami, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.

    Seperti orang lain, tidak meriah hari raya tanpa pose istimewa bersama suami atau keluarga tersayang.

    Baru-baru ini, Izreen dan Ude memuatnaik gambar memaparkan kegembiraan mereka berhari raya di kampung.

    Menerusi laman Instagram, pelakon itu telah memuat naik beberapa keping fotonya bersama suami, namun apa yang menjadi perhatian warganet adalah pakaian yang dikenakan pelakon tersebut.

    Pakaian sedondon berona Navy Blue yang dipakai Izreen mengundang kritikan warganet yang mendakwa pakaian itu agak ‘mengganggu’ dan tidak sesuai.

    Ada juga tampil dengan komen sinis mendakwa Izreen terlalu mahu menunjukkan perutnya sehingga penampilannya dilihat keterlaluan.

    Busana raya yang dipakai oleh Izreen dikatakan terlalu ketat untuk dirinya yang kini sedang hamil lapan bulan, malah menonjolkan bentuk tubuhnya ditambah pula dia seorang wanita berhijab.

    Namun, Izreen dilihat enggan melayan kritikan berkenaan, malah tidak mengambil endah kecaman segelintir warganet yang masih mengungkit kisah perkahwinannya dengan Ude.

    Kontroversi pernikahan Izreen mula timbul apabila dia dikatakan berkahwin secara rahsia manakala Ude memfailkan permohonan cerai di mahkamah ke atas bekas isteri, Intan Liana Saleh, 33, pada 30 November tahun lalu.

    Sebelum itu, Izreen juga pernah berdepan kecaman hebat ekoran tersebar gambar mesranya bersama Ude di laman sosial.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments