Anggun berbaju kurung, isteri Sultan Muhammad V ucap selamat hari raya

BERITA mengenai Sultan Muhammad V dan pasangan baginda, Oksana Voevodina yang juga bekas ratu cantik Moscow, Rusia bakal menimang cahaya mata telah menerima pelbagai reaksi daripada rakyat kedua negara.

Selain menjadi bahan berita dalam negara, perkembangan tersebut juga menjadi bualan rakyat Rusia.

Sejak berita perkahwianan Sultan Muhammad V tersebar dan diketahui umum, isterinya Oksana Voevodina telah mencipta akaun Instagram baru dengan nama Rihana Oksana Petra.

Akaun tersebut sehingga kini mencecah 127 ribu pengikut.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri, Rihana Oksana telah mengucapkan salam Aidilfitri kepada pengikut Instagramnya.

Rihana kelihatan cantik menggayakan baju kurung berwarna kuning dan berselendang di kepala.

Muat naik ucapan tersebut, telah menerima pelbagai respons daripada netizen dengan rata-rata memuji penampilan Oksana yang dilihat anggun.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments