Periksa telefon pasangan boleh dipenjara, denda RM500,000

YA. Tajuk artikel ini bukan rekaan kerana ia adalah satu undang-undang yang sah di Arab Saudi.

Jika ada rakyat negara itu yang memeriksa telefon bimbit milik pasangan tanpa pengetahuan mereka kerana berasa was-was dengan kesetiaan mereka, maka ia menjadi kesalahan dan boleh berdepan hukuman penjara.

Selain itu, pesalah juga boleh didenda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80) atau kedua-duanya sekali, lapor Arab News.

Undang-undang negara itu menggariskan, hukuman tersebut akan dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bersalah mengakses telefon bimbit pasangan mereka tanpa kebenaran.

Hukuman penjara selama setahun serta denda sebanyak 500,000 riyal (RM 557,961.80) boleh dikenakan ke atas salah seorang pasangan mereka yang didapati bersalah menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja.

Jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Abdul Aziz bin Batel yang merupakan seorang peguam dan penasihat undang-undang menyatakan bahawa, apa-apa jenayah yang membabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera termaktub di bawah akta jenayah siber dan akan dikenakan hukuman terhadap si pelakunya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments