Chef selebriti Adamdidam meninggal dunia

CHEF Adam Mahamed Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Adamdidam meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan paru-paru.

Berita sedih itu disahkan sepupunya yang juga ibu kepada Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed di laman Instagramnya.

Noor Kartini memuatnaik gambar Adam dengan kapsyen memohon semoga Allah merahmati selebriti chef tersebut.

“Kami sekeluarga reda dengan takdir ini kerana Engkau tahu yang terbaik utk hamba-Mu.. terima kasih Allah atas pinjamanmu.

“Ya Rabb ku mohon syurga yang tertinggi untuk sepupu kesayanganku. Kak Tini sayang Adam,” katanya.

Berita kematian Adam turut dikongsi beberapa ahli keluarga terdekatnya.

Neelofa dalam satu kemaskini di Instagram pernah membayangkan Adam sedang bergelut dengan penyakit yang dihidapinya.

Adam merupakan instafamous yang suka berkongsi minat dalam bidang masakan melalui akaun instagram.

Allahyarham sering berkongsi cara masakan yang kuat bercirikan selera Thai dan Kelantan iaitu negeri asalnya.

Sebelum ini, anak saudaranya Fatimah menjadi viral di media sosial kerana bijak bercakap loghat Kelantan walaupun duduk di United Kingdom.

Adam pernah mengejutkan pengikut setia lamanInstagramnya apabila memuat naik sekeping gambar perkahwinan bersama seorang wanita jelita.

 

 

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments