Misteri sakit perut melampau, doktor jumpa ‘handle’ motosikal dalam rahim

SEORANG wanita dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut sebelum sepasukan doktor menjalani pembedahan mengeluarkan handle motosikal dari rahimnya.

Wanita berusia 30 tahun itu dikejarkan ke Hospital MY di Indore, Madya Pradesh, tengah India dua hari lalu.

Ujian imbasan yang dilakukan mengejutkan doktor yang menemui objek besar di dalam rahimnya.

Imbasan CT mengesahkan handle motosikal di dalam rahim, usus kecil dan pundi kencingnya.

Ibu enam anak itu kemudiannya diarahkan untuk menjalani pembedahan segera pada pagi Selasa lalu.

Seramai 19 doktor mengendalikan pembedahan selama empat jam itu untuk mengeluarkan objek tersebut.

Menurut Dr Sonia Moses, wanita itu memberitahu objek tersebut dimasukkan ke dalam kemaluannya oleh suaminya ketika mabuk.

“Suami mangsa memberi amaran kepadanya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

“Objek itu berada di dalam rahimnya selama dua tahun dan sudah menjejaskan beberapa organ dalamannya.

“Rahimnya terhakis sepenuhnya, sebab itu ia terpaksa dibuang. Namun kami berjaya menyelamatkan pundi kencingnya,” katanya.

Mangsa masih ditempatkan di ICU tetapi sudah sedarkan diri.

Suami mangsa bagaimanapun sudah ditahan polis. – Metro.co.uk

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments