Angkara baju bayi percuma, ibu mati dicekik, bayi dikeluar secara paksa

SEORANG wanita hamil ditemui mati di belakang sebuah premis di Chicago, Amerika Syarikat, dipercayai akibat dicekik.

Lebih menyayat hati, pegawai perubatan mengesahkan bayi lelaki yang dikandungkan Marlen Ochoa-Lopez telah dikeluarkan secara paksa.

Namun, tidak dijelaskan bagaimana kelahiran secara paksa itu dilakukan.

Difahamkan, Marlen ke premis tersebut selepas melihat iklan baju percuma di Facebook.

Marlen baru berusia 19 tahun dan mengandung sembilan bulan kali terakhir dilihat meninggalkan sekolahnya pada 23 April lalu.

Bayi Marlen dilaporkan dalam keadaan kritikal dan peluang untuk selamat dikatakan amat tipis.

AHLI Marlen ditenangkan sejurus dimaklumkan mengenai kematian mangsa.

Setakat ini, tiga suspek ditahan dan dijangka didakwa di mahkamah, kata jurucakap polis, Anthony Guglielmi.

Pada hari sama, pasukan paramedik dihubungi bagi memaklumkan mengenai seorang bayi yang baru lahir mengalami kesukaran bernafas.

“Kami percaya dia dibunuh dan bayinya dipercayai dikeluarkan secara paksa,” kata Guglielmi yang menyifatkan ia perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Seorang wanita berusia 46 tahun mendakwa telah melahirkan bayi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut keluarga Marlen, anaknya telah menelefon seorang wanita sebelum ke sebuah rumah yang menawarkan baju bayi percuma.

Sementara itu, turut tersebar komen Marlen di Facebook apabila dia ditawarkan baju percuma, sehari sebelum mangsa ditemui mati.

Jurucakap keluarga mangsa, Cecilia Garcia memberitahu media, berdasarkan ujian DNA, Marlen adalah ibu kepada bayi berkenaan.

“Ia suatu rahmat apabila kami dapat menemui Yadiel, itulah namanya yang dipilih ibunya,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments