Video: Tidak mahu di tempat kedua, Tucker buat lompatan gila di garisan penamat

NAMA penuhnya ialah INFINITE Tucker dan beliau membuktikan dirinya merupakan seorang atlet berjiwa kental.

Tidak mahu berada di tempat kedua untuk tahun kedua berturut-turut, Tucker melakukan “sesuatu yang gila” ketika menyertai acara lari berhalangan di Texas, Amerika Syarikat kelmarin.

Semuanya gara-gara dia tidak sanggup menamatkan saingan di tempat kedua sekali lagi.

Dia yang sedang bersaing di trek tiba-tiba seperti hilang akal terbang tatkala menghampiri garisan penamat acara 400 meter lari berhalangan di Kejohanan Padang dan Balapan (SEC).

Cubaan gilanya itu berjaya dan tiba paling awal di garis penamat yang membolehkannya meraih gelaran SEC mengatasi rakan sepasukannya, Robert Grant.

Tucker menamatkan saingan di tempat kedua acara sama pada 2017.

“Lihat. Saya lari dengan menutup mata saya sehingga pagar ke-10.

“Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu (ma) di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.

“Ya, begitulah pengakhirannya.”

Robert pula hanya tersenyum sewaktu ditemu ramah mengenai tindakan Tucker itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments