Tidak bayar hutang punca gambar mesra bersama Aliff Aziz tersebar?

    PENYEBARAN gambar mesra penyanyi Aliff Aziz dengan seorang remaja perempuan menyebabkan laman sosial dibanjiri dengan pelbagai spekulasi.

    Bagaimanapun, sejurus tersebarnya gambar berkenaan, remaja perempuan tersebut yang dikenali sebagai Nismell telah memuatnaik IG Story dengan menyalahkan seseorang atas penularan gambar itu.

    Menerusi kenyataan tersebut, Nismell telah meletakkan tag kepada satu akuan Instagram yang dikenali sebagai @manjaaaaaa. di IG story. Akaun tersebut juga dipercayai adalah kenalan baiknya yang dilihat pernah bergambar bersama.

    Menurut kenyataan Nismell lagi, perbalahan mereka mungkin berkaitan dengan hutang.

    Hal tersebut membuatkan remaja perempuan yang dikenali sebagai manjaaaaaa memuat naik kembali gambar mesra temannya di Instagram serta beberapa screenshot status sahabat-sahabat yang lain.

    Namun begitu, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung perkara kontroversi tersebut.

    Pagi tadi, gambar Aliff Aziz tidak berbaju sambil bergambar mesra dengan seorang gadis bawah umur dilihat tular sehingga mengundang pelbagai spekulasi baru.

    Berita tersebut membuatkan netizen membidas kelakuan penyanyi tersebut, yang disifatkan seperti suami yang tidak tahu menghargai hati seorang isteri.

    Selepas tularnya foto tersebut, netizen telah memenuhi ruangan komen di Instagram Bella untuk meluahkan rasa simpati mereka terhadap Bella, malah ramai menasihati agar dia memikir semula keputusannya untuk tidak bercerai dengan Aliff.

    Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk Bella memikirkkan mengenai perasaan dan maruahnya sebagai isteri, kerana dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaannya sendiri.

    Setakat ini, masih tiada lagi maklum balas daripada Bella mengenai foto mesra suaminya yang sudah mula tular di media sosial sejak hari ini. Semoga, pasangan ini dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka dan anak.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments