Tertekan isu kecurangan suami, Bella nekad terus hidup tanpa Aliff Aziz

    TERTEKAN dengan kisah kecurangan suami yang tiada nampak kesudahannya, Bella Astilla akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan hidup tanpa suaminya, Aliff Aziz lagi.

    Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia mungkin akan meneruskan kehidupan bersama anak mereka, Mohamad Ayden Adrean tanpa suami.

    Katanya, usahanya untuk meneruskan kehidupan berkeluarga bersama Aliff sebelum ini adalah kerana terlalu sayangkan anak mereka.

    View this post on Instagram

    Assalamualaikum ✨ Thank you for your thoughts and opinions on my struggling marriage, it has not been easy at all, but I know some of you have good intentions for reaching out to me while some are just malicious for calling me out as being the biggest idiot in the world for trying to uphold my fallen marriage. . It has taken me everything, mentally and physically, to finally come to the decision that I will be moving on with my life without Aliff, if I want it to improve in any way at all for my son. . I would sincerely appreciate it if the public would stop sending me dms, calling, and messaging me to further talk and speculate on this issue. I’ve given you a piece of my mind, all I ask is that you respect my decision and give me some space while I go through these trying times. . Thank you from the bottom of my heart. . “Moving on with my little soldier. Thank you for all the support especially my family 🙏🏻” @bellagurdians

    A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

    “Apa yang terjadi menganggu mental dan fizikal saya… dan akhirnya saya ada satu keputusan akan meneruskan hidup tanpa Aliff.

    “Kalau saya nak perbaiki hubungan ini pun ia adalah kerana anak,” tulisnya di Instagram.

    Pada Selasa, foto mirip penyanyi Aliff Aziz yang tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tersebar di laman sosial.

    Selain foto, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memperlihatkan lelaki yang juga dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita sama dikenali sebagai Nismell.

    Dalam pada itu, Bella turut meminta orang ramai supaya tidak lagi menghubunginya mengenai kontroversi membabitkan rumah tangga dia dan Aliff.

    Bella sebaliknya berharap masyarakat memberikan ruang untuk dia menyelesaikan isu tersebut.

    “Saya tahu ada antara anda mempunyai niat baik untuk bertanya. Ada juga yang berniat jahat dan memanggil saya bodoh kerana terus mempertahankan perkahwinan kami.

    “Saya sangat menghargai jika orang ramai berhenti menghantar mesej peribadi (DM) atau untuk bercakap tentang hal ini dan buat spekulasi mengenainya.

    “Saya minta anda hormati keputusan saya dan beri ruang untuk melalui perkara ini. Terima kasih atas sokongan anda dan saya nak teruskan hidup dengan askar kecil (anak) saya,” ujarnya.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments