Kali ini tak pakai baju dengan gadis Tiktok, Aliff Aziz curang lagi?

    NAMPAKNYA rumah tangga Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah diuji lagi.

    Kali ini tersebarnya foto mirip Aliff tidak berbaju bersama seorang wanita dalam berpakaian tidak sopan tersebar di laman sosial.

    Turut tersebar satu rakaman video live Instagram memperlihatkan lelaki yang juga dikatakan menyerupai Aliff bersama wanita sama yang dikenali sebagai Nismell.

    Untuk rekod, ini bukan kali pertama Aliff berdepan kontroversi kecurangannya terhadap Bella.

    Pertama kali Aliff didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan adalah pada 2017 iaitu membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke.

    Kemudian pada Februari lalu, Aliff didakwa berlaku curang apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti yang didedahkan oleh isterinya, Bella Astillah.

    Ekoran kejadian terbaru itu, ruang komen Instagram penyanyi tersebut dihujani dengan kecaman dan serangan netizen.

    “Asal nak curang saja kantoi. Tak pernah tak kantoi kan. Check in dengan minah Tiktok pun jadi.

    “Betullah orang kata lelaki apabila dah kantoi sekali memang nak lagi. Aku rasa Bella ni kurang baik apa dengan kau? Tak malu ke viral untuk kali ketiga, kau check in dengan perempuan lain?

    “Minah Tiktok pun kau nak. Apa benda saja selesa kau ni. Jauh level dengan bini (isteri) kau. Buat kerja tak pernah bersih. Bebal tak reti nak simpan,” kata seorang netizen dalam komen di Instagram Aliff.

    Dalam pada itu, ruang komen Instagram Bella turut menjadi tempat netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa melalui perkara yang sama buat kali ketiga.

    “Saya sokong awak macam mana pun Bella. Awak layak dapat yang lebih baik daripada Aliff. Saya sumpah dua kali okey awak bagi dia peluang. Ni kali ketiga dia curang, saya tak tahu macam mana awak kuat.

    “Hmm… Seperti ia berlaku sekali lagi, lagi dan lagi. Fikir fasal diri anda. Ini yang anda mahukan untuk diri sendiri dan anak? Fikir dalam-dalam. Sayang diri sendiri, Bella.

    Semoga kuat Bella. Lepaskanlah dia. Dia tidak layak untuk anda,” tulis beberapa orang netizen di laman sosialnya.

    BACA JUGA: Tidak bayar hutang member punca gambar mesra dengan Aliff Aziz tersebar?

    Sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan atau apa-apa pengakuan dari Aliff.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments