Dicabar orang ketiga, isteri nekad dedah kecurangan suami di laman sosial

KEPESATAN teknologi maklumat dan kewujudan pelbagai platform media sosial menyebabkan ia menjadi medium perkongsian paling berkesan.

Namun, selain menjadi wadah perkongsian isu semasa dan ilmu dalam pelbagai bidang, media sosial juga adakalanya menjadi pencetus polemik – termasuklah dalam soal rumah tangga.

Kita biasa mendengar kebahagiaan alam rumah tangga yang dikongi di laman Facebook, namun tidak kurang juga yang memaparkan keretakan dan kemusnahan hubungan suami isteri.

Terbaru, seorang wanita mengalami nasib sama apabila suaminya bertindak curang dengan seorang gadis setelah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Dalam laman Facebook miliknya, Nur Nrhffalsml mendedahkan kecurangan suaminya yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Moyy.

Wanita berasal dari Pulau Pinang itu mendakwa, gadis tersebut seolah-olah berbangga dapat memiliki suaminya dengan memberi kenyataan demi kenyataan di laman Instagram.

Bukan itu sahaja, Nur Nrhffalsml berkata, dia dicabar oleh gadis tersebut untuk menularkan kisah mereka walaupun cuba untuk menyimpan aib suaminya dan menyelesaikan masalah dengan cara baik

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments