Linda Rafar kalah kes, diarah bayar ganti rugi kepada jururawat

RUPA-rupanya, kisah pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat yang menjaga ibunya di sebuah hospital sebelum ini sudah selesai.

Difahamkan, Linda Rafar kalah kes tersebut, malah diarahkan oleh mahkamah untuk memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada jururawat terbabit.

Perkara itu didedahkan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli dalam satu perkongsian di laman Facebook.

Rusyainie dalam postingnya turut mengucapkan tahniah kepada badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) di atas usaha membela nasib jururawat tersebut.

Anggota kumpulan Elite itu katanya, dikhabarkan bakal kena bayar ganti rugi kepada DON dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

“Tahniah DON yang bertindak menjadi pemudahcara untuk seorang jururawat yang difitnah oleh seorang selebriti.

“Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

“Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu,” tulisnya.

Rusyainie memuat naik kenyataan rasmi badan bukan kerajaan itu yang memaklumkan kes berkaitan selebriti tersebut dan jururawat akhirnya telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi laman Instagram Linda ada membuat permohonan maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen pada Khamis.

Bagaimanapun menurut Rusyainie, dia menganggap selebriti itu masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.

“Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

“Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

“Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah.

“Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya,” katanya.

BACA: ‘Tiada siapa kalah, tiada siapa menang’ – Linda Rafar

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments