Sergio Aguero adalah seorang lagenda – Gardiola

Jurulatih Manchester City, Pep Gardiola mengiktiraf mengiktiraf Sergio Aguero sebagai ‘lagenda’ selepas penyerangnya itu menjadi pemain pertama sejak Thierry Henry meledak 20 gol dalam lima kempen Liga Perdana Inggeris berturut-turut.

Gol Aguero pada minit ke-63 bagi mengesahkan kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Burnley di Turf Moor, semalam sekali gus membawa penyandang juara Inggeris itu kembali ke puncak liga.

Ia adalah kemenangan ke-12 berturut-turut City dalam saingan liga itu menyaksikan mereka mengumpul 92 mata dan memiliki kelebihan satu mata di depan pencabar terdekat, Liverpool.
Kedua-dua kelab terus menghangatkan debaran penentuan juara dengan liga mempunyai baki dua perlawanan musim ini.
Sepanjang lapan tahun di City, Aguero sudah menjaringkan 230 gol menjadikannya penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab dan penyerang Argentina itu memainkan peranan penting dalam tiga kejuaraan yang dimiliki kelab itu.
“Dia adalah legenda. Dia sentiasa melakukannya, menjaringkan gol yang penting untuk kami,” kata Guardiola. “Dia pemain yang menakjubkan.”

City kekal di landasan untuk menamatkan saingan peringkat domestik musim ini dengan tiga kejuaraan dan selepas memenangi Piala Liga pada Februari lalui, mereka akan kembali ke Wembley bagi aksi final Piala FA menentang Watford pada 18 Mei ini.

Sedar kegagalan menewaskan Burnely akan memberikan Liverpool manfaat, Guardiola mengakui gembira dengan kesepakatan skuad kendaliannya yang kehilangan dua tonggak tengah Fernandinho dan Kevin de Bruyne.

“Di sini, di stadium pasukan Inggeris yang paling tipikal, kami langsung tidak memberikan mereka sebarang sepakan sudut,” kata Guardiola.

“Ia tidak mudah, terutama selepas kamu mengharungi kekalahan kepada Tottenham (Liga Juara-Juara) tetapi reaksi kami mengagumkan, tanpa Kevin, tanpa Fernandinho, untuk datang ke sini dan bermain dengan cara kami bermain.”

“Masih ada dua baki perlawanan. Ia sukar bagi Liverpool, ia juga sukar bagi kami, dengan 91, 92 mata, masih belum bergelar juara,” kata bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu. – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments