Pukul ‘pak guard’: Lan Pet Pet mengaku salah, didenda RM2,000

SELEPAS lebih seminggu insiden melibatkan pelawak, Lan Pet Pet membelasan seorang pengawal keselamtan warga emas, artis itu akhirnya berdepan hukuman di mahkamah.

Lan atau Mazlan Ahmad, 49, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan hari ini atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan itu pada 6 April lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap artis tersebut.

Kes didengar dihadapan Majistret Mayon Yusof manakala pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

Dalam kejadian 6 April lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun ditendang dan dibaling batu oleh suspek dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam.

Suspek yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Selepas itu, mangsa menutup palang pos keselamatan dan mengejar kenderaan berkenaan.

Selang beberapa minit lelaki itu ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik saja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan lelaki itu menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu.

Kejadian itu menyebabkan Lan dikecam oleh netizen di media sosial sehingga wujud gerakan memboikot program umrah yang dianjurkannya.

Iklan program itu yang disiarkan di Instagram menjadi sasaran kecaman sehingga syarikat yang bekerjasama mengadakan program itu menangguhkannya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments