Netizen Indonesia ‘claim’ Gundam berasal dari Jawa Tengah

3372

PASTI ramai yang mengingati malah meminati siri anime Gundam, rancangan mengenai robot gergasi atau ‘Gundam’ ini yang pernah disiarkan sekitar tahun 1979.

Rancangan terkenal ciptaan pengarah animasi terkenal, Tomino Yoshiyuki, siri itu telah menerajui anime ‘Real Robot’ dengan elemen lebih realistik.

Namun, apa yang menarik ialah mengenai penemuan gambar patung batu Gundam di Indonesia sehingga menjadi bualan komuniti alam maya.

Rata-rata mereka mendakwa bahawa patung tersebut berasal dari era kerajaan Majapahit lagi.

Gambar itu diambil di sebuah daerah Jawa Tengah, Indonesia dengan keadaan badannya yang sudah berlumut seperti sudah lama terpahat di situ.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa tidak mustahil rupa bentuknya sedemikian jika ditubuhkan pada tahun ia diperkenalkan di negara itu, iaitu pada tahun 2007.

Dengan penemuan ini, sepertinya Sejarah akan sedikit berubah..😇Harusnya saat penjajahan dulu diaktifkan….Ada yang,tau siapa pemahatnya?😂#exiarepair #gundamexia #mobilesuitgundam00

Posted by Terust on Sabtu, 13 April 2019

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments