“Inara mana…” – Kisah pilu ibu cari anak 10 bulan yang sudah tiada

689

KEMALANGAN maut melibatkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan semalam ternyata menyentak emosi.

Namun, lebih memilukan si ibu yang baru sahaja sedar, tercari-cari kelibat anaknya yang sudah tiada.

Dalam kemalangan itu, kereta perodua Kenari yang dipandu bapa mangsa, Mohamad Nirzaudy Haiqal hilang kawalan selepas dirempuh dengan sebuah kereta Mercedes dari arah belakang.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melanggar pembahagi jalan, sebelum berpusing sejauh 30 meter dan terbalik di tengah jalan.

“Inara mana?”

Rasa sebak menyelubungi hati adik mangsa, Mohamad Nirzuannudin Anuar yang hilang kata-kata apabila kakak iparnya, Wan Nur Izzaty Wan Mohd Zaffar yang kini dirawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bertanyakan perihal anaknya.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Mohamad Nirzuannudin menceritakan bagaimana dia sekeluarga tiada daya untuk menceritakan hal sebenar.

“Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiamkan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. Ya Allah sungguh berat dugaan yang kau terima kak.”

Difahamkan, abangnya masih lagi dalam keadaan krtikal.

Berapa laju kau bawak? Sampai Inara terpelanting keluar

Mohamad Nirzuannudin menambah, mereka sekeluarga masih lagi terkesan dengan pemergian Ainul Inara, dan menyifatkan pemandu kereta mewah yang melanggar kereta abangnya adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

 

“Kerana menggunakan kenderaan import. Rasa hebat , rasa gagah memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yang lain, sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya kesal.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments