Grab siasat 2 pelajar Assunta hilang lepas batal tempahan

777

Perkhidmatan e-hailing, Grab dilaporkan sedang memulakan siasatan ke atas dakwaan kehilangan dua penumpang bawah umur, susulan satu rayuan kepada orang ramai yang dimuat naik di Facebook.

Natshatra Navanita, 15, dan Divya Munian, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Assunta di sini, sepatutnya menaiki sebuah Grabcar malam tadi, tetapi mereka tidak pulang ke rumah.

“Berita ini diambil secara serius,” kata Grab hari ini sambil menambah ia tidak mempunyai butiran mengenai lokasi dua pelajar itu.

Grab dalam kenyataan itu memberitahu, pihaknya hanya mempunyai maklumat yang direkodkan dalam sistemnya.

“Malangnya, berdasarkan sistem, tempahan itu dibatalkan dan rakan pemandu kami meneruskan tempahan berikut,” kata syarikat itu.

Grab berkata, pihaknya sudah menghubungi keluarga dua gadis itu selain memaklumkan kepada polis.

Menurut ibu bapa salah seorang gadis itu, kedua-dua pelajar terbabit hilang sejak 11.40 malam tadi dan mereka kali terakhir dilihat di Pangsapuri Maxwell Tower di Gasing Indah.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi 019-2078829, 017-2656824 dan 011-13676202.

Menurut satu mesej yang tersebar di WhatsApp, dua gadis itu menyertai sambutan Tahun Baru Tamil di sebuah kuil Hindu berhampiran, malam tadi.

Natshatra menunggu Divya di luar rumahnya untuk tempahan Grabcar Divya.

“Perjalanan untuk membawa Divya pulang dibatalkan dan dua gadis itu (masih) tidak dapat dihubungi, walaupun melalui telefon Divya yang dipercayai kehabisan bateri kerana ia di tahap rendah ketika di kuil,” menurut mesej tanpa nama penulis itu.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments