64 bangkai kucing ditemui dalam peti sejuk

Kegiatan rahsia yang menjijikkan seorang wanita berusia 25 tahun terbongkar apabila pihak berkuasa menemui bangkai 64 kucing dalam peti sejuk beku serta ditanam di sekitar rumahnya.

Daily Mail melaporkan, Caycee Bregel menjalankan pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan, Minnesota Animal Rescue namun kegiatannya mula diragui ekoran aduan jiran mengenai seekor babi berkeliaran di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas rumah wanita itu, 43 kucing, seekor babi dan lima anjing ditemui dalam keadaan kurus kering, terabai serta tidak terurus, selain kediaman itu amat kotor serta busuk.

Caycee dihukum melakukan khidmat masyarakat 200 jam, tempoh percubaan selama dua tahun dan dipantau secara elektronik di rumah selama 90 hari

Wanita itu didakwa menyimpan bangkai kucing dalam peti sejuk dan di garaj serta menanam kucing di halaman belakang rumah.

Beberapa kubur cetek turut ditemui.

Caycee mengaku bersalah atas 13 tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Dia tidak lagi dibenarkan untuk memiliki atau memelihara haiwan malah dikehendaki menjalani pemeriksaan psikologi.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments