Tersebar Tok Mat menang, penyokong PH bergaduh di bilik gerakan

Pergaduhan tercetus di bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.

Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat, lapor portal berita Malaysiakini.

Selepas berlaku pertikaman lidah selama beberapa minit, ia kemudiannya bertukar menjadi pergelutan.

Wartawan yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.

Polis ketika ini berada di tempat kejadian.

Setakat berita ini ditulis, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan.

Bagaimanapun, berdasarkan angka terkini pusat pengiraan undi, Mohamad atau Tok Mat sudah memperoleh jumlah undi yang diperlukan untuk memastikan kemenangan.

Setakat 7.05 malam tadi, Mohamad sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.

Pengiraan itu dengan anggaran 79 peratus keluar mengundi dariĀ  20,926 pengundi yang layak.

Pergaduhan penyokong PH di Rantau

Pergaduhan tercetus di bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.Berita penuh: https://newmalaysianpost.com/2019/04/13/tersebar-tok-mat-menang-penyokong-ph-bergaduh-di-bilik-gerakan/

Posted by New Malaysian Post on Sabtu, 13 April 2019

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments