Disangka bau mayat, rumah diserbu polis kerana bakar belacan di Perancis

9753

BUKAN mudah untuk menahan keinginan menikmati makanan tradisi ketika sedang berada jauh di perantauan.

Kepada mereka yang berada di luar negara, ada yang sanggup dikirimkan rempah ratus atau perisa asli tempatan walaupun terpaksa membayar kos yang tinggi.

Makanan seperti belacan tidak terkecuali.

Namun, tidak semua jenis makanan kampung boleh diterima oleh rakan-rakan di luar negara, malah, jika tersilap percaturan boleh mengundang ‘bala’.

Itulah yang terjadi kepada seorang rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan serbuan polis gara-gara belacan yang dibakarnya disangka bau mayat oleh jiran-jiran.

Peristiwa itu dikongsi seorang pemuda, Zulfo Mahadi di Twitter yang menceritakan kembali kenangan kawan isterinya yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis.

“Pengalaman kawan wife aku yang tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan,” katanya.

Namun apartment kawan isterinya diserbu pihak polis selepas menerima aduan daripada jiran gara-gara membakar belacan untuk membuat sambal.

Lebih melucukan apabila aduan berkenaan dilakukan kerana didakwa terhidu bau mayat dari dalam rumah kawan isterinya itu.

“Polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat,” ujarnya.

Posting tersebut mengundang perhatian netizen sehingga menjadi tular di Twitter yang rata-rata terhibur dengan insiden berkenaan apabila bau belacan disamakan dengan busuk mayat.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments