Belasah, ‘pecahkan dara’ gadis, netizen berang dedah wajah penyerang Audrey

6128

TIBA-TIBA sahaja media sosial hari ini dihamburkan dengan hashtag #JusticeForAudrey sebagai tanda soladiriti terhadap seorang gadis yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan remaja di Pontianak, Indonesia.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, Audrey yang baru berusia 14 tahun dipukul oleh 12 orang pelajar perempuan hanya kerana dendam terhadap kakak Audrey yang dikenali sebagai Po.

Belasah & hilangkan dara

Menerusi thread di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai ZianaFazura telah menceritakan serba sedikit mengenai kejadian yang berlaku.

Menurut ZianaFazura, serangan itu mengakibatkan trauma yang hebat terhadap Audrey termasuk menyebabkan bengkak yang serius di bahagian kemaluan.

Audrey yang berdepan trauma akibat serangan berkenaan

Kejadian tersebut membangkitkan kemarahan netizen yang menganggap serangan menjolok kemaluan gadus itu amat melampaui batas.

Malang yang menimpa Audrey itu telah membuatkan netizen bertindak menyerang laman sosial pelajar-pelajar yang memukulnya dan mendedahkan wajah mereka kepada umum.

Rata-rata netizen mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan paling tegas kepada pelaku berkenaan supaya menjadi pengajaran kepada remaja yang lain.

Bagi mereka, tindakan kumpulan terbabit tidak mencerminkan golongan yang bertamadun kerana sanggup bertindak kejam hanya kerana disebabkan perkara-perkara remeh. – NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments