Gara-gara ‘Malaysian Rendang’, peminat Indonesia serang Twitter Tottenham Hotspur

2713

PEMINAT bola sepak terutamanya bagi Liga Perdana Inggeris tentunya sudah mengetahui bahawa stadium Tottenham Hotspur yang baru sahaja siap telah memperkenalkan menu khas iaitu ‘Malaysian Chicken Curry’ dan ‘Malaysian Rendang’ di kafe stadium tersebut.

Peminat makanan itu tentunya gembira kerana jarang-jarang menu berkenaan disediakan di venue utama sukan di negara itu.

Bagaimanapun, berita itu tertanya tidak menggembirakan peminat-peminat dari Indonesia

Gara-gara tidak senang dengan perkataan ‘Malaysia Rendang’ dalam menu berkenaan, mereka menyerang laman Twitter kelab Tottenham Hotspur.

Dalam komen-komen yang dilemparkan, rata-rata mereka claim bahawa makanan tersebut adalah berasal dari Indonesia.

Lebih melucukan, ada yang menyertakan screenshot dari Wikipedia kononnya sebagai bukti rendang sebenarnya berasal dari Indonesia.

Lihat sahaja komen-komen ini berikut yang menunjukkan betapa mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan bola sepak Inggeris itu yang didakwa “tidak sensitif”.

Walaupun menunya mungkin berbeza, namun ketidakpuasan hati mereka amat jelas dalam soal makanan dan budaya dari dua negara berjiran. – NMP

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments