‘Takkan aku sebangang itu’, Ahya Rosli kata komen netizen kelakar

    4862

    Model Ahya Rosli mendakwa, dia dan keluarga tidak tahu menahu mengenai tindakan sekumpulan penari yang membuat aksi kurang sopan pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

    Anak lelaki pelakon veteran, Normah Damanhuri dalam satu temubual bersama MHE TV memberitahu, walaupun mengakui kumpulan terbabit dijemput untuk membuat persembahan, namun tarian berkenaan bukan sesuatu dalam perancangannya.

    “Ahya pun tak tahu mereka nak buat macam itu (menari seksi). Tak timbul pun (isu) nak mainkan agama.

    “Kita jemput mereka untuk buat persembahan main api dan menari. Semuanya untuk buat orang happy, tapi tak berniat sampai keadaan menjadi buruk,” katanya.

    Video penari secara tidak sopabn tular di media sosial selepas dikongsi kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM di Instagram.

    Netizen bagaimanapun menyifatkan Ahya sensitif kerana membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.

    Ditanya mengenai reaksi netizen berhubung kejadian itu, Ahya berkata, ia adalah sesuatu yang kelakar.

    Katanya, komen-komen berkenaan timbul mungkin kerana mereka tidak mengenali diri dan keluarganya secara peribadi.

    “(Komen netizen) memang kelakar. Mereka tidak tahu cerita..kalau Ahya jelaskan mungkin mereka faham. Mereka pun tak kenal Ahya. Kalau kenal Ahya, lepak ngan Ahya, kalau dorang kenal Ahya, mereka takkan cakap benda buruk.

    “Kalau Ahya sengaja buat benda macam itu boleh lah marah, tapi itu bukan benda yang Ahya sengaja nak buat?,” tegasnya.

    Ahya mengakui, kelibat penari berkenaan membuatkan ramai hadirin yang terkejut dan dia serta keluarga meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung.

    “Semua orang terkejut. Tapi takkan kita nak minta mereka (penari) stop. Orang lain pun tengah happy.

    “Bila mereka pakai macam tu. Kita bukan nak tengok benda lain. Kita nak tengok (persembahan) api, bukan tengok b*ntut dia,” jelasnya lagi.

    Ahya juga meminta semua pihak menghentikan kecaman terhadap keluarga terutama ibunya.

    Ujarnya lagi, tidak adil untuk menghakimi ibunya sebagai orang yang tidak pandai menjaga anak, sedangkan semua yang berlaku adalah di luar pengetahuan keluarga.

    “Ahya muat naik gambar orang silat tapi orang tak viralkan. Ahya muat naik gambar keluarga tapi orang (netizen) komen benda lain. Kata mak tak pandai ajar anak.

    “Cubalah pakai otak sikit. Takkan aku sebangang itu nak buat benda yang tak elok,” tegasnya. – NMP

    Respon Ahya Rosli berhubung kritikan netizen mengenai tarian tidak sopan pada majlis perkahwinannya."Itu bukan…

    Posted by New Malaysian Post on Isnin, 8 April 2019

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments