“Tak kisahlah apa orang nak kata, itu majlis saya” – Ahya Rosli

7597

SUSULAN tularnya video tarian kurang sopan pada majlis perkawinannya baru-baru ini, model Ahya Rosli tidak mahu memikirkan kritikan orang ramai terhadapnya.

Anak lelaki pelakon veteran, Normah Damanhuri itu berkata, persembahan yang dianggap tidak sopan itu hanya untuk membuatkan tetamu jemputan berasa happy.

Walaupun ditembak dengan teguran dan kritikan, Ahya menegaskan, dia berhak untuk melakukan apa sahaja pada majlis perkahwinannya, termasuk menjemput sesiapa pun untuk membuat persembahan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata (mengenai majlis resepsi semalam)… Itu majlis perkahwinan saya. Saya berhak untuk buat apa sahaja yang saya suka.

“Lagipun, persembahan itu sekadar hiburan biasa untuk tetamu… Netizen pula berlebih-lebih,” katanya dipetik sebagai berkata.

Video berkenaan tular selepas dikongsi kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM di Instagram.

Netizen bagaimanapun menyifatkan Ahya sensitif kerana membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.

Ahya berkata, majlis resepsi semalam berlangsung dengan lancar, malah semua tetamu gembira.

“Sudah namanya ‘show’ (pertunjukan)… Ada orang pilih persembahan silap mata, ada yang suka badut atau tarian… Semua ini untuk membuatkan orang (tetamu) gembira,” katanya dipetik Berita Harian Online.

Walaupun mengakui tidak terkesan langsung dengan kecaman netizen, Ahya berkata, dia hanya berharap perkara itu tidak diperbesarkan.

Ahya bagaimanapun mengesyaki, tindakan menular video berkenaan selain komen-komen negatif di laman sosialnya didalangi orang terdekat.

Ini kerana menurutnya, banyak komen yang diberikan adalah dibuat oleh akaun-akaun palsu.

Pada 29 Mac lalu, Ahya telah selamat dinikahkan dengan gadis pilihan hati dikenali sebagai Shahirah, di Bukit Kiara Equestrian tengah disaksikan kaum keluarga dan kenalan rapat. –NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments