Jaga spender sendiri, takut nanti koyak’ – Dato Red

    556

    KISAH pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian.

    Semuanya gara-gara status yang dimuatnaik oleh penyanyi kelahiran Sabah, Adira di laman sosial yang mengundang persoalan netizen.

    Adira mulanya menceritakan kisah sedih kematian bapanya, Suhaimi Rajiman akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 21 Mac lalu.

    Namun, statusnya di Instagram menimbulkan tanda tanya apabila Adira seolah membayangkan sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangganya.

    View this post on Instagram

    apa boleh buat la admin balik sendiri dah biasa .. kita tgh bersedih org tu tgh happy … dapat pula berita .. bawa anak xtaw g mana tanpa kebenaran , tu yg tergesa balik .. #Repost @adirafansclub with @make_repost ・・・ Begitu tabah dan kuat insan yg bernama @adira.suhaimi di saat balik kg sendirian ketika memberi penghormatan terakhir buat abah tercinta ada saja dugaan yg berlaku di Kl .. bila anak tersayang di bawa entah kemana tanpa pengetahuannya….org di luar sana tidak tau apa yg berlaku sebenarnya… dugaan demi dugaan harus di tempuhi wanita yg sgt kuat ini….rindu dan risau hilang bila ank2 tersayang menjemput kepulangan Mami nya di airport..Menitis airmata Min bila tgk situasi yg berlaku di airport tempoh hari….buat @adira.suhaimi semoga tabah dan kuat menjalani kehidupan hari2 yg mendatang…Min tau @adira.suhaimi seorang wanita yg kental 💪💪 Kami AFC sayang dan sentiasa menyokong dr belakang❤️❤️💋 #supportsampaibilabila #sayangselalu #mamipower #adirasuhaimi

    A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

    Status berkenaan mengundang komen-komen daripada peminatnya yang mahu penyanyi itu bersabar, malah ada juga yang menasihatkan supaya Adira tidak mendedahkan masalah rumah tangga di laman sosial.

    Namun, ramai yang bersimpati melihat gambar-gambar yang dikongsi Adira apabila pulang bersendirian ke kampung sedangkan anaknya tidak tahu entah di bawa ke mana.

    Penyanyi beranak dua itu kemudian membalas komen terbabit itu dengan mengatakan dia “sudah terbiasa dengan keadaan itu”.

    Ujarnya lagi, ‘orang tu’ sedang bergembira sedangkan dia bersedih. Malahan, dia terpaksa tergesa-gesa balik kerana anak dikatakan dibawa tanpa kebenarannya.

    Walaupun ada yang mengutarakan simpati, ada juga peminat yang secara langsung menasihatkan suami penyanyi itu, Datuk Red supaya menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

    Bagaimanapun, Datuk Red tampil dengan maklum balas yang agak sinis malah memberi amaran kepada pihak yang cuba campur tangan dalam urusan rumah tangganya.

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments