Video: Kecoh Ahli Parlimen Sri Lanka bertumbuk, baling objek

    320

    SUASANA kelam-kabut dan bertukar huru-hara semalam apabila sebilangan wakil rakyat bertumbuk dan membaling objek sehari selepas mereka mengundi menyingkirkan Perdana Menteri, Mahinda Rajapakse.

    Tidak dapat dipastikan pihak mana yang memulakan pergaduhan, namun insiden memalukan itu menyebabkan kecederaan.

    “Sukar untuk mengetahui siapa yang memukul siapa, tetapi beberapa orang cedera, cuma tidak serius,” kata seorang pegawai di Parlimen kepada AFP.

    “Speaker menangguhkan sidang Parlimen buat sementara waktu. Seorang Ahli Parlimen terpaksa dimasukkan ke hospital,” tambahnya.

    Sri Lanka telah berdepan krisis politik hampir tiga minggu selepas Presiden Maithripala Sirisena memecat Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Mahinda pada 26 Oktober lalu.

    Sirisena kemudian membubarkan Parlimen negara itu dan menetapkan pilihan raya semula pada Januari depan. Bagaimanapun tindakan itu digantung oleh Mahkamah Agung awal minggu ini sementara menunggu siasatan.

    Kelmarin, Ahli Parlimen Sri Lanka berjaya memperoleh majoriti meluluskan usul undi tidak percaya kepada Kabinet Mahinda, selain turut meluluskan gerakan mengisytiharkan tindakan Maithripala sebagai tidak sah. – AFP

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments