“Itu bukan anak saya” – dituduh abai anak, bekas suami beri penjelasan

2021

Posted by Galeri NMP on Selasa, 13 November 2018

“Itu bukan anak saya”

Demikian pengakuan seorang lelaki selepas tuduhan dilemparkan bekas isteri bahawa dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Shahrul Fazlim, 21 memberitahu, dia pada awalnya enggan mengeruhkan keadaan terpaksa membersihkan namanya apabila posting berbentuk tuduhan dimuat naik bekas isterinya, yang menggunakan akaun @nori di Twitter tular sejak Jumaat lalu.

Menurut Shahrul Fazlim, 21, isu mengabaikan tanggungjawab seperti yang didakwa bekas isterinya langsung tidak wujud kerana dia bukan bapa kandung kepada bayi berkenaan.

“Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

“Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya,” katanya dipetik portal mStar Online.

Posted by Galeri NMP on Selasa, 13 November 2018

Dakwa Shahrul lagi, bekas isterinya itu juga pernah memberi amaran agar dia tidak lagi berjumpa dengan anaknya.

“Sebelum ini dia sendiri yang ‘haramkan’ saya berjumpa dengan anak itu.

“Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan,” ujarnya.

Shahrul berkata dakwaan wujud ‘orang ketiga’ bukan punca rumahtangga yang dibina selama satu tahun itu retak, sebaliknya mendakwa perceraian berlaku selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Pasangan ini berpisah pada 18 Oktober lalu.

“Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan.

“Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi ‘pak sanggup’. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya,” dakwanya.

Posted by Galeri NMP on Selasa, 13 November 2018

Jumaat lalu, seorang wanita memuat naik tweet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas suaminya yang didakwa mengabaikan anak mereka.

Wanita itu menulis: “Sudah la tidak bertanya khabar dan menjenguk si anak yang sakit, malah bermadu kasih pula di laman media sosial!”

Menjelaskan perkara sebenar, Shahrul berkata dia telah menjalankan tanggungjawab sebaiknya ketika mereka masih bersama.

“Saya sayangkan anak itu dan menganggap dia seperti anak saya sendiri.

“Saya pernah beritahu Nori untuk buat surat dan menyerahkan hak penjagaan kepada saya jika dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu seorang diri, saya sudi membantu. Tetapi dia tidak mahu.

“Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka,” katanya.

Justeru, Shahrul meminta netizen untuk berhenti menghentam dirinya dan wanita dalam gambar yang tersebar kerana mereka tiada hak mencampuri dan tidak mengetahui keadaan sebenar.

No automatic alt text available.

“Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

“Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini.

“Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang,” katanya.

Selain itu, Shahrul berharap bekas isterinya itu untuk ‘move on’ dan meneruskan kehidupan masing-masing.

“Saya harap dia tidak ganggu kehidupan saya selepas ini.

“Hak saya untuk menentukan dengan siapa saya nak berpasangan atau kahwin,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments