Detik bersama Puteri Johor antara kenangan terakhir, Zaibo meninggal dunia

1136

Wajah ceria pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo ketika dikunjungi Puteri Johor Tunku Tun Amina Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim rupa-rupanya antara detik akhir hayatnya.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 petang tadi (Rabu) di Rengit, Johor.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser esofagos beberapa bulan lalu pada tahap empat dan tidak boleh menelan makanan ketika bulan puasa tahun ini.

Rakan artis, Norlia Ghani antara yang hadir memberi sokongan kepadanya ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Ya Allah pergi juga adek ku Zainal Zaibo. Ini lah gambar terakhir saya dengan nya ketika melawat arwah di HUKM. ALFATEHAH. Semoga arwah bersama orang2 yg beriman aamiin

Posted by Norlia Ghani on Selasa, 13 November 2018

Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Amina Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami telah hadir melawatnya.

Zaibo sebelum ini terkenal dengan sitkom Spanar Jaya pada tahun 1999 dan filem-filem lain seperti Awan Dania dan pernah melibatkan diri di dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diharapkan isteri serta keluarga tabah menghadapi perkhabaran ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments