Dari WeChat ke ranjang, siswa IPTA dipenjara dan sebat

304

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh mahkamah sesyen hari ini kerana merogol kekasih bawah umurnya sehingga hamil dan melahirkan bayi awal tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Sepang Saifulakmal Mohd Said menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nabil Mohd Zamari, 21, mengaku bersalah merogol remaja berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Desa Sinar Salak, Giching, pada April 2017.

Muhammad Nabil didakwa menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Laporan polis dibuat setelah mangsa melahirkan bayi pada Januari tahun ini dan analisis DNA yang dibuat kemudian mendapati tertuduh merupakan bapa kepada bayi yang dilahirkan itu. – Bernama

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments