Kedatangan ikon gay Filipina cetus kecaman netizen

608

Kehadiran ikon gay antarabangsa, Sinon Loresca nampaknya tidak sebaik seperti yang diharapkan aktor Filipina itu.

Walaupun videonya yang berbaur jenaka agak popular di Facebook termasuk di Malaysia, namun kehadirannya ke negara ini mencetuskan rasa tidak senang rakyat Malaysia.

Sebaik mengumumkan kehadirannya ke Malaysia, Loresca yang juga seorang model menerima kecaman, malah akaun instagramnya turut diserang netizen Malaysia.

Pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, turut melahirkan kegusaran dengan kehadiran ikon gay antarabangsa itu.

Dakwanya kehadiran Sinon Loresca, bakal membawa bala dan malapetaka kepada negara.

“Bala sudah sampai di Malaysia. Mereka bakal berpesta . Beliau disambut baik oleh pendokong gay dan pengamal seks songsang di negara ini.

“Moga ALLAH selamatkan Malaysia daripada malapetaka dan bencana besar yang meranapkan seluruh isi di dalamnya,” katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.

Jelasnya, bulan depan bulan maulid, iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad, jadi kehadiran Loresca buat masa ini sangat tidak sesuai dan dilihat tidak menghormati bulan kemuliaan umat Islam.

“Satu pencabulan yang sangat jahat oleh puak gay kepada kemuliaan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Ayuh bersama saya menentang aktiviti songsang dan haram yang bakal mengundang bala. Islam, Yahudi, Kristian, Buddha dan Hindu menolak sekeras kerasnya amalan songsang LGBT,” katanya.

Kehadiran Loresca di Malaysia dikongsi olehnya menerusi Instagramnya, dia turut berkongsi gambarnya berswafoto di KLCC. – NMP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments