Cukai minuman 40sen seliter mulai 1 April 2019

282

Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergula berkuat kuasa 1 April tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kadar cukai 40sen seliter akan dikenakan terhadap minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

Ia melibatkan minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain melebihi 5 gram per 100 mililiter; serta jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter.

Perkara itu diumumkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan petang ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments