Kerajaan bincang kenalkan cukai minuman bergula

266

Kerajaan akan menimbang cadangan memperkenalkan cukai eksais bagi minuman bergula, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang.

Beliau berkata cadangan itu antara 12 dasar ke arah hidup sihat yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.

Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata ia adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan rakyat.

“Cukai ini belum diperincikan, kita nak bawa ke kabinet dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) akan memperhalusinya.

“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri wakil 12 kementerian.

Menurutnya, beberapa negara seperti Brunei, Thailand, Filipina dan Mexico telah melaksanakan cukai berkenaan, lapor Bernama.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments