Petronas sahkan kenaikan hingga RM5 harga GPHD

444

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.

PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada Khamis ini (1 November) untuk Semenanjung Malaysia.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.

Harga bahan itu hanya kekal jika diambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg.

Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments