Peperiksaan tahun 1,2,3 bakal dimansuhkan – Menteri Pendidikan

303

Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik dalam satu kenyataan di laman twiternya memaklumkan bahawa peperiksaan Tahap 1 akan dimansuhkan tidak lama lagi.

”Peperiksaan bagi Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.

Beliau bagaimanapun masih belum mendedahkan silibus yang bakal digunakan bagi menggantikan peperiksaan tahap 1 yang bakal dilaksanakan bermula 2019 nanti.

Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1  itu mendapat reaksi pelbagai oleh netizen.

Ada yang memberi maklum balas positif dengan menyifatkan ia satu langkah baru supaya sistem pendidikan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, namun ada juga yang mempersoalkan bagaimana prestasi murid dapat diukur supaya yang lemah dapat dibantu. – NMP

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments