Mohamad Salman Saudi minat beli Manchester United

1127

Tokoh yang sangat berpengaruh di Arab Saudi ketika ini Mohammad Salman kini dikaitkan dengan pembelian kelab perdana Inggeris, Manchester United.

Mohammad yang lebih dikenali dengan gelaran MBS itu didakwa sedang bersiap sedia membeli kelab Red Devils daripada pemilik sekarang, Joel dan Avram Glazer.

Media melaporkan MBS menawarkan harga £4 bilion (RM21.7 bilion) untuk memiliki Manchester United.

Ia bukanlah menghairankan kerana banyak pihak menganggarkan harta MBS ketika ini ialah £850 bilion.

Akhbar Mirror melaporkan MBS berharap dapat bertemu pasangan adik-beradik Glazer itu dalam tempoh seminggu dua ini.

Pada masa sama mereka dilaporkan akan terbang ke Riyadh pada minggu ini bagi menghadiri sebuah forum antarabangsa.

Di sebalik khabar angin yang semakin kencang itu, media melaporkan adik-beradik Glazer terpaksa berhati-hati dengan tawaran putera mahkota dari Arab Saudi itu kerana keadaan semasa yang menyaksikan berlaku ketegangan diplomatik di antara Riyadh dan negara luar.

Keluarga Glazer membeli Manchester United pada 2005 boleh mendapat keuntungan sehingga £2.2 bilion (RM5.3 bilion) jika persetujuan dicapai dengan MBS.

Forbes menganggarkan nilai kelab itu ketika ini ialah £3.2 bilion.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments