Bajet2019: Rakyat perlu berkorban, jangan lagi terlalu harap bantuan

2646

Rakyat perlu berkorban demi masa depan negara dengan tidak lagi mengharapkan bantuan yang diberikan dengan mudah seperti zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi terlalu banyak bantuan kepada rakyat meskipun di saat kewangan negara tenat.

Kerajaan terdahulu katanya, boleh memberikan wang kepada rakyat dalam pelbagai bentuk kerana sumber yang diterima itu adalah daripada hasil curi.

“Kerajaan dulu suka bagi duit pada orang, kita kata kita tiada duit, duit yang mereka bagi itu duit curi.

“BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dia bagi itu duit curi, nelayan pun dapat gaji, semua orang dapat, semata-mata nak beli sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di Shah Alam, pada Selasa.

Katanya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memberi pelbagai bentuk bantuan seperti dulu.

“Pada saya, itulah pengorbanan paling besar dilakukan rakyat pada masa kini,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments