‘Anwar ganti saya, tapi terpulanglah kepada rakyat’ – Tun M

1609

Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap berpegang kepada janji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, kata beliau, terpulang kepada rakyat untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi penggantinya.

“Saya tidak dapat tidak akan pergi, tentu akan ada pengganti… kalau orang ramai nak Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) mereka berhak dapat dia,” katanya pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.

Program itu yang menampilkan Datuk Johan Jaafar sebagai pengacara turut dihadiri isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ditanya mengenai sejauhmana beliau yakin penggantinya akan memimpin negara lebih baik, Dr. Mahathir berkata: “Saya tidak boleh jamin (bakal pengganti menjadi perdana menteri yang baik) macam saya dulu pilih Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya ingat dia baik tapi tengoklah apa dia buat.

“Begitu juga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) anak Tun Abdul Razak, tetapi tengoklah… tetapi setakat ini, janji saya selepas saya letak jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih, terpulang pada rakyat untuk tentukan.” – NMP

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments